Work From Home 14 days journey - Covid19

Assalamualaikum... Selamat Pagi seindah suria :)

Pagi nie saya & husband, bermulanya journey kehidupan 'Work From Home' with kids around untuk tempoh 14 hari. Selama mana tempoh berkurung, atau pergerakan terkawal berlangsung..

Bermula dari pengumuman dr Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16hb bersiaran langsung berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18-31 March 2020. Maka, semua premis yg tidak terlibat dengan Essential Services terpaksa ditutup untuk mengelakkan penularan Virus Covid19 yg nampaknya makin cepat sebarannya..

Terdapat Enam perintah kawalan pergerakan termasuklah Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Selain penutupan premis kerajaan dan swasta ini, perintah kawalan pergerakan itu juga meliputi hal-hal berikut seperti :

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan-perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam,penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

Untuk saya, awal pagi 17hb lagi dah terima email dr HR Department, official letter dari Executive Director kami berkenaan tempoh bekerja di rumah & syarat-syarat yang dikenakan.




Transwater ada banyak company di bawah naungannya, & company saya refer pd list A, Transwater API Sdn Bhd.

Company dah mention siap-siap persediaan kerja dirumah

Untuk suami, 17hb terus dapat updated kalendar dr company berkenaan cuti start 18-31hb Mac.


Maka, disebakan kami suami isteri sama-sama dalam sektor Swasta & taska anak-anak juga di 
tutup & dilanjutkan tempoh cuti sekolah hingga 31-March 2020, makanya kami ber-5 kena berganding bahu meraikan tempoh bersama2 di rumah hahahaa.. Tapi perlu diingat ya anak-anak, ibu & ayah kena kerja, bukan happy day sepanjang hari di rumah sedia makan, minum & main dengan anak-anak saja..ngeh ngeh ngeh

Macam mana rupanya kehidupan di rumah, nanti saya share kan aktiviti bersama anak-anak dalam masa sama WFH. Fuh, dah rasa dah cabarannya ni hehe



Comments